RSS Feed

Siapa kamu untuk kata tidak mahu?

Posted on

Bismillah.

Mahu teruskan membaca atau tidak?terserahlah sebab itu bukan point yang utama,asalkan yang perlu disampaikan,perlu  wajib disampaikan.yang perlu dibetulkan,wajib dibetulkan.kerana hakikatnya memang itu taklifnya.mahu tidak mahu,kamu kena mahukan juga.apa pun cara,tiada alasan.siapa kamu untuk kata tidak mahu? (uish apa dia ni nak paksa2)

Baiklah.berbicara tentang kehebatan kuasa cinta Islami,(ukhuwwah okeh,please) telah berjaya membuktikan dua orang yang bersahabat fillah yang tak pernah duduk sembang-sembang bersama seolah-olah berjiran hampir sedekad,yang duduk jauh negeri berbeza-beza (lebih kaw negara yang berbeza2.daebak) seolah-olah teman sekampung.lebih kencang lagi yang tak pernah bersua muka tapi seakan-akan orang bercinta.dan itu memang tak tipu punya.proven kot,dah dialami oleh ramai orang.tak perlu testimoni,sebab kena alami sendiri.baru kamu tahu apa yang saya katakan ini bukanlah tipu.baik,barangkali ada yang dah cukup muak dan rasa cukup-cukuplah tu dengan term ukhuwah.even patik sendiri mengakui kadang-kadang bosan juga sebab klise kan.pergi la mana2 daurah pun.ukhuwah sokmo.

“bnda2 klise slalunya mmbuatkn kt ingin lari drpdnya.bosan.tp klise dlm prkara2 ketaatan mnunjukkn kpntingannya.terserlah.” 

itulah dia.klise yang satu ini la budda adalah antara aset terpenting yang waaaajib untuk dijaga dengan rapi.sebab?kita perlukannya.tipu sungguh lah kalau kamu kata kamu tak perlukan.umpamanya galaxy note 2 kamu yang canggih sungguh tu.memang canggih bergaya,tapi kalau tak ada battery?baik pakai nokia model (saya tak ingat apa namanya)yang saya yakin semua orang pernah ada dulu.mungkin tak berapa canggih fizikalnya,(skrin berwarna pun tak ada) tapi komponen penting tu ada untuk meng’on’kan handphone tu.nak kata,seqawiy mana pun seseorang tu,kalau elemen ukhuwah tu tak diletakkan dalam list priority tak ke mana sebab tak ter’on’ hatinya.mungkin agak over kita guna istilah tak hidup hati,tapi yang dimaksudkan adalah bukan mudah untuk hidupkannya sendiri.butuh bantuan!kita butuhkan pendamping untuk sentiasa bantu hidupkan dan didik hati kita.sebab apa,akan ada suatu saat di mana dia akan mengalami tension yang amat.futur.ah sudah,guane tu?kamu ingat senang nak bangkit di saat kejatuhan?

Allah..jadikanlah aku hamba yang sentiasa mengingatimu di saat jatuh bangunku,pautanku hanyaMu.jadikanlah aku hamba yang setia..

Futur ini antara momen favourite syetan.masa inilah kita akan teruji dengan hebatnya dan sejauh mana kemampuan kamu untuk bangun semula.dan?yang pasti,kamu tak mampu untuk menanggung sendiri.let say kamu kata kamu tidak menghadapi sebarang masalah problem nak tanggung sorang2.kata kamu tak nak susahkan sahabat kamu.ketahuilah di saat kamu sendirian ini kamu sebenarnya telah membuka satu ruangan yang kata orang macam open house kepada jahiliyah.sungguh tak tipu.sebabnya,tahap mujahadah yang kamu perlukan untuk struggle sungguh-sungguh hati adalah sangat tinggi berbanding biasa.melainkan jika kamu mempunyai sokongan padu daripada seorang akhi/ukhti fillah yang akan sentiasa mengingatkan kamu untuk kembali kepada Allah.sila2 lah,pecahkan tembok ego.tok sah rasa kental sangat..

namun begitu,tidaklah pula saya katakan kamu perlu ceritakan segala-galanya sebab tak semua perkara kita perlu cerita,dan ada antaranya yang mungkin bersifat peribadi atau bersangkut paut dengan rahsia orang lain.dah cukup dah kalau kamu mampir sahabat kamu dan minta kata-kata nasihat random.(saya selalu buat ini)akan jadi sangat happening apabila kata-kata random sahabat kamu tu mengena dengan situasi kamu saat itu.seriyes,kamu akan sayang dia lebih lagi.tapi kena ingatlah,thanks to Allah first kerana Dia yang campakkan ilham kepada sahabat kamu itu untuk disampaikan kepada kamu.hmm,manis  sungguh Allah.

“Move in a team is better than individualy”

Jangan sekali-kali bersikap individualistik,kamu sendiri yang akan merana.Allah jadikan manusia ramai-ramai ni bukan untuk meramaikan rakyat bumi sahaja.ada sebab,tahu!tapi janganlah pula kamu sangka bersahabat hanya untuk curhat semata-mata..sedari hakikat bahawa kita ini sedang bekerja dan kita adalah doktor kepada ummah.pasti banyak on call yang perlu kita kejar dan kerjakan.terkadang kita terlalu ralit dengan masalah-masalah hati,peribadi,famili,masalah among kawan-kawan etc etc sehinggakan benda-benda tu semua membantutkan dakwah kita.apa cer?asal jumpa je dengan sahabat tu,terus nak “eh enti,ana ada musykilah ni.heavy sangat.ana x sanggup bla bla…”inilah dia.tak sanggup itu,tak sanggup ini.tak larat nak tanggung itu,tak sanggup berhadapan ini.lemahnya antibody dakwah kamu?benar,memang semua orang ada masalah and even ada yang menekan-nekan perasaan.menangis sob sob sampai larut malam.jangan terlalu layan sangatlah.perlu untuk kita pelajari cara untuk manage hal peribadi kita.bertegas.sila tegaskan diri.jangan jadi manja,kamu komfem akan ketinggalan sendirian.

“sebaik-baik manusia itu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia yang lainnya.”

tengok point manfaat tu.dapat tangkap tak setakat ni?nampak tak perkaitannya?ke dah kabur blur.ikut kamu lah.harap tabah ye.heh.

teman sekapal (friendship) ini kalau anda nak juga diceritakan atau dibuktikan melalui testimoni,takpelah.saya faham anda.tak perlu susah,selak semula seerah sahabat.pasti,pasti dan pasti kamu akan kagum dengan mereka.banyak je kisah sebenarnya.macam mana tak ego nya mereka dalam berlayar sekapal (mengharungi friendship.tadi kata dah jemu dengar ukhuwah kan?) untuk menjaga iman dan hati yang sifatnya fragile.tengok bagaimana Hanzalah menagis tersedu-sedu bertemu Saidina Abu Bakr menceritakan betapa sedihnya beliau setelah merasakan diri sungguh munafik.tak hesitate nak berkongsi.Saidina Abu Bakr pun menangis kerana imannya terkejut dengan curhat sahabatnya Hanzalah dan turut  merasakan yang sama.Kemudian mereka pun bertemu Rasulullah untuk meluahkan yang tadi itu.

Tengok bagaimana involuntary action Abu Bakr.Ada beliau kata,”ala kamu ni Hanzalah.rilek je.tak ada benda pun.biasalah tu.inilah life cycle”saya kira itu antara pujukan famous daripada kebanyakan orang.saya tak kata anda ye.itu pujukan yang tak membangun sungguh.useless.maka pointnya,bukan itu yang diperlukan daripada seorang sahabat.dan kadang-kadang,mungkin di saat kita sedang steady,iman pun cool tak bergelora,datang seorang sahabat bercurhat dengan kamu.siapa tahu mungkin perkongsiannya itu membuatkan iman kamu yang rasa macam dah stable sangat tu terjentik dan akhirnya menguatkan lagi keimanan kamu.bonus,bukan?iman kita sifatnya naik turun.hanya para sahabat sahaja yang bertambah dan terus bertambah iman mereka T_T (loser seyh kita ni) masih ada harapan insyaAllah ^o^

sekadar ingatan bersama,janganlah sekali-kali merasakan iman kita stable.please.dah rasa macam qawiy skit.owh Allah,janganlah.itu bahayaaa sangat.sebab,itu akan menjadi virus yang kemudiannya membentuk suatu penyakit yang mengancam iman.kronologinya perkara menakutkan ini cukup cukup sudah mudah:

  1. Bermula dengan mutabaah yang memang dianalisa setiap bulan untuk memastikan kelancaran ibadah.comey doh dengan grafnya.boleh nampak la figure amal tu ok atau tak.
  2. kemudian,mengangguk-angguk kepala tanda berpuas hati kerana rasa dah mula stable.
  3. mula dah berangan pelik-pelik.rasa bagus.rasa mantap dan jitu lah.
  4. dan lain-lain lagi yang mohon dijauhkan.

ini penyakit yang contagius dan perlu dirawat.SEGERA.ini pun antara bukti yang cukup kuat untuk memerlukan kita kepada seorang sahabat.(terserah la nak berapa pun.minimum seorang.terima kasih)ini contoh futur la ni.saat kejatuhan.nauzubillah.seorang sahabat Allah bagi kelebihan kepadanya untuk detect perubahan sahabatnya itu.dan,masa inilah si sahabat ini perlu bertindak!hidupkan semula hatinya.bantu dia utntuk kembali.ingatkan Allah.hah,itu patutnya!ini tak.kamu biarkan dia  tunggang terbalik sorang2.nampak dia dah lain macam,konon-kononya takut kita terpengaruh,terus lesap entah ke mana.jangan…please.tunaikan hak kepada yang berhak.dan sahabat kamu mempunyai hak ke atas kamu!dituntutnya nanti di akhirat.Allah…jangan main-main dengan isu tuntut menuntut di akhirat ni.it’s not a simple thing.don’t take it for granted!time nak ke Midvalley (maaf,tak pasti ejaannya.seumur hidup baru 3 kali sampai.huu) dialah sahabat.time nak bergembira,muncullah dia sebagai sahabat.di saat futurnya sahabat tu?

suka baca post Duah La Qudah nukilan APG.sangat sampai ke hati.untuk anda,saya recommendkan anda untuk baca post itu dengan yang Fafirru tu.sangat terkesan.insyaAllah moga kesan yang membuahkan amal.wallahua’lam.wassalam

#pray4Gaza

p/s:kepada sahabat2 saya,penuhilah hak saya.dan kalian,sesungguhnya saya sedang berusaha sehabis daya untuk memenuhi hak kalian.maaf atas segala kesalahan.itu memang pasti.jom kita baiki.mari!Fafirru ilaLlah! :’)

hjk

“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana. “(surah Al-anfal, 8:63)

Advertisements

About hnmn

I'm an ordinary human that working for Allah,following Rasulullah and applying Islam as my guidline.thats it! *wink2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: