RSS Feed

Mengapa Saya Memilih Untuk Berada Di Atas Jalan Ini:Usrah (Part2)

Posted on

LailahaiLla ant subhanaka faqina ‘azabannar..

Mengenangkan kata-kata durjana  manusia yang pelbagai,rasa sakit di bahagian raja seantero anggota badan kita pasti terasa.Hati<3.Manusia kan.Kadang-kadang,untuk beberapa perkara berbangkit yang saya rasa tak perlu saya buang masa untuk deal dengannya;gosip,omong kosong dll saya lebih memilih untuk menjadi artis buat seketika.artis yang saya maksudkan di sini menjurus kepada jawapan mereka yang saya kira agak bijak juga tu.Jawapan famous pabila diajukan soalan:NO KOMEN.ini khusus buat soalan-soalan dan juga lontaran statement yang tak bermanfaat sama sekali dan tidak menambahkan iman.tinggalkan~

Pasti ye tuan-tuan,memang pasti.nak melakukan kebaikan pasti ada halangan.ada jugak yang tak dan nak mula pun dah tergendala.uh,parah.time nak buat perkara mungkar aih senang sungguh.tak ada yang nak menghalang.lancar hingga ke penghujungnya.aneh bukan?bukan.tidaklah aneh pun sebenarnya.bahkan bertambah aneh sekiranya ingin melakukan kebaikan itu mudah.semudah satu dua tiga.tak umph la kalau centu.tak hendak pulak saya nukilkan tentang hikmah kesemua itu kerana saya cukup yakin anda sudah maklum benar tentang itu dan kalau boleh tak nak dengar lagi dah.baik.

sebenarnya sekapur sireh di atas ingin saya kaitkan dengan momen yang mungkin anda alami ketika membuat pilihan khususnya berkaitan amal-amal soleh dan anda takut diperkatakan orang lain.dan lebih khusus lagi ketika anda berkira-kira untuk join usrah.nak join ke tak join.nak join ke tak join.tak join ke tak join.nak join ke tak?

pergh,,halangan.demi syurga aku harungi juga.takbir!

pergh,,halangan.demi syurga aku harungi juga.takbir!

Yang pertama,anda perlu memenuhi hak kepada diri anda sendiri.tahu,faham dan sedar kenapa  sebenarnya anda nak join.kerana siapa dan sebab apa?itu perlu anda faham.perlu juga anda ketahui asal-usul usrah itu apa.datangnya dari mana,siapa yang mengasaskannya,apa matlamat dan hala tuju sehinggalah kepada apa pengakhirannya.umpamanya begini,anda hendak berkahwin dengan seseorang itu tapi anda tak tahu langsung background dia.(nama tak tau,asal mana tak tau,umur berapa tak tau.heh)mesti akan ada masalah lain akan mendatang.erk,pointnya faham tak?susah jugak nak terangkan di sini.moga Allah beri kefahaman lah kepada anda..cuma nak kata betapa pentingnya untuk anda tahu apa yang sedang anda lakukan supaya ianya tak menjadi sia-sia.dan tidak menyusahkan orang lain.teehee

Yang kedua,setelah anda jelas tentang itu,(yang di atas tu lebih kepada fakta) moh kita ke bahagian seterusnya iaitu diri anda sendiri.(faham yang memerlukan otak anda untuk mencerna maklumat tadi tu)manusia terdiri daripada 3 komponen;mentally,physically dan spiritually.ya,ketiga-tiga ini perlu bersedia.maaf,mesti bersedia.(part ni pun macam klise en)memang kena bersedia pun sebab kita nak beralih kepada sebuah pemahaman yang lurus dan benar.syahadatul haq!(penyaksian kepada kebenaran!)ini benda besar bro,bukan main-main.pada peringkat yang di atas tadi,mungkin anda hanya sekadar tahu sahaja.terserah sama ada melalui bahan bacaan ataupun diskusi sihat bersama orang soleh yang anda kenali.

  • Mentally:Ahaks,masalah di sini memang sering terjadi dan selalunya tersenarai dalam FAQ (frequently asked question) apabila berjumpa dengan ikhwah akhawat yang agak senior.tragedi hentaman pumpang pumpang terhadap komponen yang satu ini bagaikan satu kemestian.is a must.tambah-tambah pula daripada mereka yang barangkali datang daripada keluarga yang bukan ikhwah akhawat (mohon maaf,saya sebenarnya tak berapa gemar nak sebut.ini.harap ikhlas dan baca dengan nada yang tepat.trimas) dan mungkin mendapat tentangan hebat daripada keluarga.nak join usrah dihalang.lepas dah join usrah nak kena commit dengan program daurah semua tapi tak dapat keizinan untuk pergi dsb.sekiranya ini yang anda alami,fasbir.inna wa’daLlahi haq.ketahuilah,bukan anda seorang sahaja yang mengalami ini.bahkan ramai lagi.ada yang lebih teruk mungkin.faktor ini memang agak menekan-nekan anda.tension!tanganilah dengan bijak ye.insyaAllah setakat ni rasanya masih belum ada lagi yang mentally retarded disebabkan tak dapat keizinan join usrah.pasti ada caranya.yang penting,jangan pamerkan ke’rebell’iyesan anda tu.mereka yang menentang keputusan anda juga punya hak;hak untuk disantuni dan hak untuk mengetahui.kenapa mereka halang?sebab mereka mungkin masih belum tahu seperti anda.(oh jangan riya’ please)anda,jelaskan dengan baik.kalau tak dapat tackle bersabar dulu.kena ada tu skill untuk memujuk dan patut anda pelajari.tak semestinya nak pujuk tu dengan kata-kata sahaja kan?gunakanlah akhlak anda tu.cairkan mereka.di sini mereka perlukan bukti yang datang daripada anda sendiri.sekiranya kesolehan anda tampil membantu,insyaAllah jalan punya kerana terserlah kesungguhan anda di situ.tapi jangan pulak put high expactation.slow-slow sebab benda ini berperingkat.mungkin awal-awal mereka akan benarkan anda join usrah tapi masih tak benarkan anda untuk ke daurah mukhayam dsb.tak pe.relax dulu.comeykan lagi akhlak tu.dalam nak memujuk kita tak boleh guna desakan ye.komfem tak jadi.dengan berhikmah.tambahan pula,jangan dibuka aib orang yang menentang lagi-lagi ibubapa contohnya.janganlah pulak dihentam dan diceritakan kepada orang lain betapa zalimnya mereka tak benarkan anda.eh anda,tak perlu kot.anda tak ada hak untuk itu.ingat,mereka tak zalim.mereka cuma butuh waktu.dan anda juga masih butuh waktu untuk belajar daripada yang berpengalaman.maka,pointnya di sini,anda perlu sedar dan mengerti bahawa anda sedang berurusan dengan manusia.so,handlelah sebaik mungkin sebagai seorang manusia terhadap manusia yang lain..
  • Physically:Islam itu comel.kenapa?kerana dialah yang paling ensiklopedia sekali.betapa syumulnya ia!jangan anda sangka orang yang aktif dakwah tarbiyah ni cuma perlu berkepit dengan buku,tasbih kifarah ,duduk dengar talk sahaja.tidak!rujuk muwasafat tarbiyah yang ada 10 tu.salah satu daripadanya ialah Qawiyul Jism;tubuh badan yang sihat.bermakna,anda mesti bersenam.walau apa cara sekalipun kesihatan tubuh badan kena jaga.tidur mesti secukupnya.makan mesti kena seimbang;sayur dan buah silalah makan ye.air pula minum banyak-banyak sikit,jangan tunggu dahaga.kerana jalan yang anda pilih ini hanyalah untuk mereka yang tough dalaman DAN luaran.ini soal pengorbanan.masa dan tenaga anda sangat diperlukan untuk ini.Allah cinta orang yang kuat berbanding orang yang lemah.dan kekuatan di sini saya takrifkan sebagai ketahanan physical.amalkan gaya hidup yang sihat supaya perjalan D&T(dakwah dan tarbiyah) anda lancar gitu.cuba tengok mak cik pak cik/abang kakak yang ikhwah akhawat tu.tak ke heran mengapa mereka begitu cergas di saat menghadiri usrah,daurah dan macam-macam program walaupun mereka itu kerjanya bukan calang-calang.doktor,jurutera,pensyarah dll.kerja pagi pulang malam.tambah pulak yang ada anak seramai 5-6 orang.masyaAllah.hebat2.dah tu nak puji saje ke?tak kan..saya tahu anda efisyen.janganlah pula bila dah mula sakit-sakit,anda pun mula berkira-kira untuk tidak meneruskan SYAHADATUL HAQ.maka,silalah minta tunjuk ajar daripada mereka.amal~
  • Spiritually:yang ini rata-rata kita sudah faham apa yang ingin dimaksudkan.benar,kita perlu kuatkan yang ini.betapa hubungan dengan Allah adalah aset yang paling bermakna buat mana-mana pendakwah sekalipun.bak kata senior saya,makanan utama seorang da’ie adalah qiam.nak kata,kebergantungan kita kepada Allah itu adalah hayat dakwah kita.faham la kan,kalau ruh kita lopek,maka dakwah kita tak adalah.semuanya bergantung kepada itu.amal yang wajib mesti settle.sepatutnya yang rukun Islam tu kira tak ada benda pun lah.yang sunnah terus dipasakkan dalam diri.kalau tak,jangan nak mimpilah kamu.time kamu rasa lemah,rasa macam iman tu longgar-longgar sikit,seqawiy mana pun sahabat yang kita cari untuk nak luahkan perasaan kita,itu tak membantu pun.hanya sedikit sahaja.seriyes sikit.yang banyaknya antara kamu dengan Allah.somehow kamu masih perlukan manusia,ingat tu.tapi tolonglah,saya ingatkan diri saya terlebih dahulu,kemudian baru anda,carilah seseorang yang paling kita thiqah(percaya) untuk kita luahkan.dan tak cukup dengan kita je yang percaya,tapi memang dipercayai orang lain jugak yang orang itu memang boleh dipercayai.(mula dah,penyakit saya dah datang) supaya tak bertebaran tribulasi yang kadang-kadang secara tak sengaja terjadi.sambung semula yang tadi,jadikan perkara-perkara mahmudah sebagai rutin anda,tinggalkan jahiliyah.thats all.jahiliyah apa pulak niih.konsep jahiliyah saya tolong mudahkan anda.

Jahiliyah:apa-apa sahaja yang tidak berkait/jauh daripada keredhaan Allah ta’ala

memang tak mudah sebab kita sedang berurusan dengan Yang Berkuasa dan sedang bekerja untuk sesuatu yang besar.meninggalkan kebiasaan memang tak mudah.bererti meninggalkan jahiliyah yang sudah menjadi kebiasaan adalah payah!kita ni sedang digilap dan dicuci bahkan ditapis supaya benar-benar menjadi tapisan Allah yang serius dan kental.sebab tu kebanyakan perkara dan kemungkinan yang akan kita hadapi tidak mudah.sebab antara ramai-ramai manusia kita ditapis untuk mencari yang benar-benar solid untuk bekerja dengan Allah.prosesnya umpama proses membuat batu bata;prosesnya rumit dan panjang.perlu dibakar berulang2 dan dijemur.untuk?menghasilkan kualiti yang terbaik.yang tak berkualiti adalah disqualified.anda bersedia?jom 😀

wallahua’lam..

P/s:nah,buah tangan skit:

“Hai orang-orang yang beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya,(kaffah)dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan,Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu..”  (2:208)

Advertisements

About hnmn

I'm an ordinary human that working for Allah,following Rasulullah and applying Islam as my guidline.thats it! *wink2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: